Sunday, October 17, 2010

Of Scams

Dear readers,

Setelah melalui pelbagai rintangan yang datang dalam pelbagai bentuk seperti kesibukan beribadah di bulan Ramadhan, kerakusan makan di bulan Syawwal, dan penyakit yang melanda komputer, kita berjumpa lagi di blog ini dengan post yang baru. Lain kali sahajalah saya ceritakan tentang rintangan-rintangan yang telah melanda itu (janji kosong). Kerana hari ini saya hendak bercerita tentang sebuah kisah yang berlaku pada diri saya di bulan Ramadhan yang lalu.

Pertama sekali, apa itu scams? Scams tidak sama sekali tidak berkaitan dengan skem. Skem adalah orang-orang yang skema, yakni orang-orang yang tidak mahu lepak bersama kawan-kawan kerana ada "urusan" menurut kata mereka (padahal sebenarnya balik study). Haha eh sebenarnya bagus, orang-orang skem ini kebanyakannya berjaya, tapi tak cool.

Scam adalah penipuan. Bukan penipuan yang semata-mata untuk melepaskan diri dari sesuatu atau untuk membatilkan yang benar, tapi scams adalah penipuan yang bertujuan untuk kepentingan diri si penipu tersebut.

In other words, scams are acts of fraud that are carried out purely for one's personal gain. When you carry out a scam, one would do it with an intention to gain something out of another person or individual (or in some cases, groups of people).

Saya pasti mungkin ada yang makin tak faham dengan definisi yang saya reka sendiri tadi. Tujuan entri ini adalah untuk memberi satu contoh scam, yang berlaku pada diri saya sendiri.

Kisahnya bermula di suatu hari...Sabtu. Atau mungkin juga Ahad. Saya pun tak pasti. Tapi yang pastinya saya berpuasa (jawapan selamat). Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, semua orang sedang sibuk membuat persiapan. Sebagai orang bujang, saya tidak perlu menggantung langsir baru untuk Hari Raya, kerana bukan ada orang nak datang rumah pun. Jadi persiapan saya memang semata-mata untuk kepentingan diri sendiri namun berhati-hati agar tidak menghampiri 'ujub.

Oleh kerana kali terakhir saya menggunting rambut (di kepala) adalah sebelum Piala Dunia lalu, maka saya mengambil keputusan untuk ke kedai gunting rambut Abang India penyokong Liverpool. Walaupun cuaca panas, namun berbekalkan ketabahan yang diasuh ketika berpuasa, saya berjalan kaki ke kedai gunting rambut.

Keluar sahaja dari pagar apartment, seorang lelaki bermotorsikal lalu bersebelahan saya dan berhenti berhampiran. Sambil menanggalkan topi keledarnya, lelaki tersebut membuat gaya seolah-olah memarahi sesuatu ke arah jalan raya. Lebih kurang macam buat "piiirah, apa la lu" terhadap sesuatu, tak tahu apa.

Kemudian dia menghampiri saya. "Assalamualaikum dik," tegur kepada saya. "Waalaikumsalamwarohmatullahiwabarokatuhwamaghfiratuh" jawab saya, walaupun berseluar pendek. "Adik, aku mintak maaf la ek, kacau ko hari baik bulan baik macam ni, tapi aku betul-betul terdesak ni dik, nak mintak tolong ni dik." gaya cakapnya seolah-seolah sudah kenal saya dari sekolah rendah sama-sama main longkang dulu (dia, bukan saya).

Menurut ceritanya, dia baru balik dari hospital melawat ayahnya yang sakit. Sakit apa tak tahu, tapi dia harus pulang ke rumah untuk mengambil anak dan isterinya untuk dibawa ke hospital. Namun dalam perjalan pulang katanya, dia telah dilanggar oleh sebuah lori yang tidak berperikemanusiaan (ya lah, lori bukan manusia hik hik). Akibatnya, ekzos paipnya jatuh, kakinya bengkak, dan, handlenya patah. Dia menceritakan semua ini sambil menunjukkan semua kerosakan tersebut.

Actually, by this time, my instincts have already told me that this guy is not genuine. I mean, not that he's a nyah, but the way he explained things, it all looked as if he was trying too hard to prove himself legitimate. I did not study communications, psychology or stuff like that, but i do know more or less how to tell if someone's lying. But I said to myself, well let this guy play on, see what else he got.

So he did. He said that he's short of cash, he needs to get back home, his motorcycle no more fit to travel. So I asked him what can I do to help. He said he just need a ride home. A taxi, or a bus would do. "Hari baik bulan baik ni dik, aku mintak tolongla. Ada kawan pun tak guna, call pun buat-buat tak kenal je," he said, trying to convey his desperation.

Prior to that, he showed me his "identification". It was some sort of form, in which he claims that he got when his father was admitted into hospital. He said his name was "Aziz" and even told me his father's name. He said that when he met with the accident, all his belongings such as wallet, and handphone was stolen.

All this obvious rehearsed dialogues made me even much more sure that that guy standing before me was a swindler. I did not talk much, I just listened to what he has to say. He said he is able to repay me back, but he has to go back home first.

Dia tanya saya berbuka di mana hari ini. Katanya, kalau boleh dia nak belanja saya berbuka sekali. Katanya dia tak kisah pun bayar dan belanja saya, macam zakat saja katanya.

Walaupun saya sedar yang kata-katanya hanya janji kosong semata-mata, saya tetap tanya berapa dia hendak. Mulanya saya nak beri RM30 saja tapi katanya rumah dia jauh, agak-agaknya RM50 cukuplah. Wah wah dimana dia duduk agaknya. Jauh betul sampai nak RM50. Tapi saya beri juga. Dia berterima kasih kepada saya, dia beri saya nombor telefon. Nombor telefon pejabat dia katanya. Dia juga minta saya nombor telefon saya.

Ketika ini saya sedar sesuatu, yang melengkapkan lagi rumusan saya terhadap dia. Dia keluarkan sekeping kertas, untuk mencatit nombor telefon saya. Saya lihat, ada pelbagai lagi nombor telefon dan nama orang lain dikertas tersebut. Nyatalah, sandiwara ini telah dilakukannya berkali-kali sebelum ini.

Setelah menerima wang pemberian saya, dia berterima kasih kepada saya. Katanya, nanti waktu berbuka dia telefon saya untuk berbuka sekali. Ya lah, apa-apa saja lah bang. Saya nak tengok muka dia pun dah tak sanggup. Saya sakit hati.

Namun kenapa saya beri juga dia wang tersebut? Adakah saya bodoh dungu? Mungkin anda berhak untuk berkata demikian. Namun, dalam pada sakitnya hati saya ada satu perasaan lain yang membuatkan saya memberi juga wang kepada dia.

Saya kasihan.

Saya kasihan kerana dia terpaksa menipu untuk mendapatkan wang.

Mungkin dia terlalu terdesak, sehingga kerja pun tak mampu untuk dia menyara diri dan keluarganya (kalau betullah dia ada keluarga).

Mungkin ada pembaca yang kata, "Kot ye pun terdesak, tak payah lah menipu orang". Itu pun benar juga.

Tapi, bagi saya, Aziz ini perlukan bantuan. Jadi itulah cara saya membantunya. Saya sedar dia menipu, tapi saya ikhlaskan hati saya dan pemberian saya. Sekiranya Aziz memerlukan wang tersebut untuk tujuan yang benar, membayar hutang Ah Long misalnya, maka saya harap sumbangan saya dapat membantunya.

"Kalau dia beli benda-benda haram dengan duit tu?"

Tak apalah. Itu antara Aziz dengan Allah S.W.T. Duit yang saya beri kepadanya itu dengan niat menyumbang. Itu sahaja.

Harapan saya hanyalah agar apa sahaja masalah yang dia hadapi, dengan sumbangan saya mampu membantu menyelesaikannya sedikit sebanyak. Saya redhakan perbuatan dia. Saya maafkan dia. Dan saya berharap, semoga Aziz menyedari perbuatannya dan kembali ke jalan yang benar. (Klise bunyinya, tapi saya memang tak tahu nak cakap macam mana lagi selain dari itu).

Selepas itu, saya memotong rambut. Dan memang benarlah, tiada panggilan dari Aziz ketika waktu berbuka.

Sekian.

0 comments: