Dear readers,
Anda pasti mengenali Batman. Beliau adalah adiwira yang sering diperlekehkan oleh sesetengah pihak. Kebanyakannya kerana Batman tidak ada kuasa super. Batman juga tidak peramah dan murni hatinya seperti Superman ataupun Spiderman.
Namun Batman sebenarnya tidak boleh dipandang rendah. Pertama, Batman memang tinggi. Mungkin kerana dia berpakaian hitam, serta mempunyai topeng yang bertelinga tajam dan panjang mencucuk langit. Batman juga ada kasut but yang besar serta sarung tangan berduri.
Walaupun Batman tidak ada kuasa super, dia mempunyai pelbagai gajet berteknologi tinggi seperti boomerang berkuasa sonik, cakar penyangkuk bertali, serta penyembur lalat.
Batman juga handal berlawan. Kalau hendak diikutkan cerita Batman Begins, dia berlatih seni mempertahankan diri di..mana ek, Nepal kot. Di sana tok gurunya Ras'el Gulai mengajarnya pelbagai seni mempertahankan diri seperti jeetkundo, taekwando, silat gayung dan tak lupa juga silambam.
Pasti seronok jika boleh jadi Batman bukan? Baru-baru ini saya telah berjaya mendapatkan perasaan ala-ala Batman lah lebih kurang. "eh kau ni lemah sit up 20 kali pun sakit pinggang macam mana nak jadi Batman" mungkin sindiran ada. Betul, saya jadi Batman. Saya membanteras penjenayah dalam permainan komputer "Batman : Arkham Asylum"
Saya tahu, saya sangat ketinggalan zaman kerana baru main permainan yang dikeluarkan dua tahun dulu. Namun saya tak peduli saya nak cerita juga bagaimana saya menghalang Joker dari menghancurkan Gotham City.
Batman Arkham Asylum mengisahkan Batman yang menghantar Joker ke Asrama Penjahat Arkham ataupun nama Inggerisnya Arkham Asylum. Mungkin Joker terlalu kuat fly, maka asyik kena tangkap dan masukkan kembali sahaja.
Namun, tanpa pengetahuan Batman, penangkapan Joker kali ini adalah secara sengaja. Joker sebenarnya sudah mempunyai rancangan rahsia yang bertujuan mengambil alih Asrama Juvana Arkham seterusnya menjajah Gotham City.
Disinilah anda sebagai Batman harus memainkan peranan untuk menghalang Joker kerana kita harus akui, polis Gotham memang tak boleh pakai.
Pertama, anda haruslah bertarung sebagai Batman. Sistem combat atau pertarungan dalam Batman Arkham Asylum ini mudah sahaja. Menghadap musuh, dan tekan satu butang untuk menyerang. Pandai-pandailah Batman mengeluarkan segala pencak silatnya untuk menumbuk dan menendang orang jahat.
Dalam combat juga ada counter, dimana musuh akan menyerang dari belakang. Apa yang anda perlu lakukan adalah tekan lagi satu butang untuk melakukan serangan balas dengan menahan serangan tersebut dan membalas dengan siku lipat.
Anda boleh mengatur serangan anda menjadi combo, dimana semakin tinggi combo, anda boleh membuat aksi-aksi penyudah yang lebih bergaya. Apa yang menarik disini adalah gerak langkah pencak silat Batman sangat menarik, dan menjadi lebih menarik sekiranya anda melakukan combo.
Ada juga situasi dimana musuh anda bersenjata, dan anda harus menyerang hendap. Ya lah, kalau pakai terjah sahaja baik tak payah jadi Batman, pergi jadi Rambo atau pengebom berani mati.
Permainan serang hendap atau Predator Assault biasanya mengambil tempat di bilik-bilik yang tertentu dimana semua musuh anda bersenjata. Kebiasaannya ada patung-patung hiasan di siling yang anda boleh grapple dan bertenggek macam kera. Bila musuh datang menghampiri, terpulang kepada kreativiti anda untuk memengsankan mereka.
Saya paling gemar menggantung mereka dari patung-patung tersebut. Jangan risau, mengikut pengimbas Batman, mereka ini tak mati, purak purak pengsan saja. Selain itu anda juga boleh menghampiri mereka perlahan-lahan dari belakang serta meraba tengkuk mereka, atau menerjah mereka daripada atas sehingga mereka pengsan.
Adakalanya mereka meronda secara berjemaah, jadi agak sukar untuk menghentak pinggul mereka tanpa disedari, jadi gajet-gajet Batman boleh membantu anda. Ada boomerang berbunyi yang boleh mengalih perhatian musuh, supaya anda boleh menggeletek ketiak musuh yang tertinggal tanpa disedari yang lain. Ada juga penyembur nyamuk berbahan letupan, yang boleh anda letupkan jika ada musuh menghampiri.
Setiap game pasti ada bos. Kalau masa sekolah rendah dulu kita panggil "ketua". Ketua-ketua dalam permainan ini ada dua jenis. Satu, tak popular, satu lagi adalah yang popular.
Contoh ketua yang popular, dimana anda berpeluang untuk berjumpa dengannya sebanyak 3 kali dalam permainan ini adalah Scarecrow. Scarecrow adalah bekas doktor psikologi yang gemar menyuntik dadah berbahaya kepada mangsanya. Dadah ini membuatkan seseorang itu berhalusinasi tentang ketakutan yang berada dalam diri mereka.
Dalam permainan ini, beberapa kali Batman telah tersedut asap rokok Scarecrow lalu terbatuk-batuk dan termasuk dalam alam maya dibawah pengaruh Scarecrow. Didalam alam ini anda harus melompat-lompat merentasi jurang dan bersembunyi disebalik tiang untuk mengelakkan dari pancaran mata Scarecrow. Saya tak paham sangat, tapi tak apalah terus main sahaja. Anda akan mengalahkan Scarecrow dengan..memancarkan sinar Lampu Ajaib Batman kepada Scarecrow. Ek eleh.
Anda juga terpaksa berlawan dengan Killer Croc, yakni Bujang Senang versi orang putih. Sebenarnya bukan berlawan sangat pun. Kebanyakan masa anda dihabiskan dengan berjalan perlahan-lahan agar tidak mengejutkan Croc. Sekiranya dia datang membuat serbuan JAIS pada anda, anda baling boomerang. Bedebap, dia jatuh.
Satu lagi musuh adalah Poison Ivy. Poison Ivy akan menembak bola-bola api kepada anda, jadi anda elak. Bila dia bukak kelopak mawarnya, baling boomerang kepadanya agar cangkerang dia retak. Kemudian anda boleh sembur penyembur lalat meletup tadi.
Bos yang tidak popular adalah gergasi gergasi terlebih makan ubat kuat. Mereka ini sangat gagah dan suka merodok anda dengan bahu mereka. Apa yang anda perlu buat adalah elak mereka agar terlanggar dinding. Sekali lagi, ek eleh. Bila dia pening, anda boleh panjat mereka dan suruh pukul penjahat lain.
Final bos atau ketua last pastilah Joker. Agak mengecewakan kerana sebenarnya ia boleh dirumuskan sebagai pertarungan anda dengan pengikut-pengikut Al-Joker. Joker hanya memberi sokongan moral dari atas bumbung. Sekali sekala anda boleh tarik Joker kebawah dengan gajet anda dan tumbuk dia dua tiga das.
Sepanjang permainan, anda ada tugasan sampingan iaitu mengumpul barang tersembunyi dan menyelesaikan teka teki Riddler. Barang-barang Riddler berada di merata-rata. Kadang kadang ia tersembunyi di belakang dinding yang anda boleh letupkan. Teka teki pula kebanyakannya berkisar tentang watak-watak penjahat dalam komik Batman.
Umumnya, Batman Arkham Asylum memang menarik. Namun ia juga mempunyai kelemahan yang tersendiri.
Contohnya, anda sebagai Batman memang kool. Sekiranya anda hanya hanya menekan butang arah (directional keys), anda akan berjalan dengan penuh bergaya, walaupun Killer Croc dibelakang anda sedang mengejar anda dengan rakusnya.Jadi anda harus terus menekan butang lari sekiranya anda tidak mahu dibaham ketika berjalan pengantin.
Skrip-skrip dalam permainan ini memang menyedihkan. Benar, ia hanya permainan, tapi ada dialog-dialog yang terlalu murahan yang digunakan seperti "It's ok, I eat punk like these for breakfast" Batman tidak sepatutnya poyo.
But overall, I would recommend Batman : Arkham Asylum. Combat is seamless, flows freely and moves in a way that gives you an E-hardon. Story is good, with cool graphics albeit the cheeky lines. Boss fights are still exciting, although it does feel redundant at times. The balance between action and stealth is what makes the game so good. Especially when you're allowed room for creativity in taking down your opponents.
With that being said, I'm looking for another game to play. Stay tuned however for the sequel of this game, Batman: Arkham City, coming out some time October / November.
Sekian.
Eh hello! I'm back kekekekeke
2 years ago


0 comments:
Post a Comment