Assalamualaikum, and Hi all.
Dear readers,
Change of title
I am sorry for not keeping up to my words. The urge to write actually has been coming constantly. However, I was occupied with some other stuffs. I shall elaborate on this later on in this post.
Nevertheless, I did update the blog a bit. Of course, I did another skin change. Nothing much, but I consider that as a start (so much for achievements heh). I also did a title change for the blog.
The rational behind that, is really something I realized when I came back to Malaysia. I spent this whole two months traveling between KL and Teluk Intan, with the objective of finding a job. Went to interviews, job agencies. So for all that traveling, I spent quite an amount of time observing and thinking. The thought that occurred to me was, eventhough I was born here and raised here, in Malaysia, there's a lot to be learnt and discovered. Lots of things appeared as interesting to me. The way people behaved. The way things work around this country. How it all relates to one another.
Thus, the title seemed appropriate. For the more I learn, the less I knew about this beloved country. So I intend to pour it all within the confines of this blog.
Note that, intention sometimes =/= action. Ok, I admit it was partly because I was lazy. But I refuse to bow down to such self accusation. Hence the reason "Busy with other stuff"
Aik? Menganggur pun busy ke?
Ouch.
Ok. Memanglah, seseorang itu jika dinamakan penganggur, maksudnya beliau tiada pekerjaan. Namun saya mentafsirnya dari sudut berbeza. Bagi saya, seorang penganggur tidak semestinya tiada kerja. Kerjanya, tak lain dan tak bukan adalah mencari pekerjaan.
Mencari pekerjaan sememangnya bukan sesuatu yang boleh dipandang mudah. Ia memerlukan kesabaran, usaha berterusan, dan kepercayaan kepada Tuhan. Mencari pekerjaan sememangnya sukar, ditambah pula dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu pada masa sekarang ini. Namun hakikatnya, masih banyak jawatan kosong di luar sana.
"Kan sekarang gawat, ramai pekerja kena buang.."
Benar, kegawatan ekonomi memaksa banyak syarikat untuk membuang pekerjanya / menutup cawangannya. Namun bukan semua. Masih terdapat banyak industri yang mampu bertahan dalam suasana sebegini. Semua itu bergantung pada kebijaksanaan pihak pengurusan untuk menangani masalah yang melanda. Ada yang mula dengan membuang pekerja-pekerja asing. Ada yang menawarkan VSS pada pekerja-pekerja separa mahir. Dan ada juga yang mengambil pekerja-pekerja "graduan segar" sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kos. Ini kerana, mereka sedar bahawa graduan-graduan segar ini lebih murah berbanding mereka yang berpengalaman dan mengada-ada mahu meminta gaji yang besar. Training? Tak selalunya perlu. Kerana kebanyakan pekerjaan-pekerjaan ini mengamalkan prinsip on-the-job training yang membolehkan mereka ini bekerja sambil menimba pengalaman.
Pokoknya, usaha yang tekun dan berterusan perlu dalam mencari kerja. Kerja bukannya tak ada, cuma anda harus pandai mencari. Jangan mengharapkan sumber dari satu media sahaja e.g Jobstreet. Belilah suratkhabar juga. The Star pada hari Sabtu ada banyak iklan jawatan kosong.
Kedua, janganlah memilih kerja. Apa sahaja yang di iklankan, cubalah untuk memohon. Tidak ada kerugian di situ. Pepatah Inggeris mengatakan "There is no harm in trying". Cubalah. Paling teruk pun, anda perlu membayar RM1 untuk setiap permohonan (setem + sampul + kertas). Apalah sangat berbanding pekerjaan yang mungkin anda perolehi? Jika anda boleh menghabiskan wang untuk berjalan-jalan di kota kerana bosan tiada perkerjaan, apa salahnya mengeluarkan wang untuk memohon kerja?
Ketiga, cara anda memohon. Usaha / effort itu penting. Saya sedar bahawa generasi Internet zaman sekarang ini hanya mahu melakukan semua benda dengan satu klik. Disini ingin saya katakan, wah banyak cantik muka kau. Usahalah lebih sedikit. Benar, banyak syarikat yang gemarkan online application ini. Namun, hantarlah email juga. Sekurang-kurangnya, anda mampu mengemukakan cover letter untuk permohonan anda. Cover letter sebenarnya penting kerana ia menjadi satu medium komunikasi akan niat anda untuk bekerja di sesebuah syarikat tersebut. Melaluinya, majikan akan dapat mengetahui kelayakan anda, nilai-nilai murni anda (haha) dan sebagainya. Jadi luangkan masa, karanglah sepucuk cover letter / surat pelindung (haha lagi) yang berkualiti.
Keempat, resume / CV anda. Sepertimana cover letter anda, resume/cv anda juga memainkan peranan dalam permohonan anda. Disinilah majikan dapat melihat antara lainnya, akademik anda, pengalaman anda, atau kemahiran-kemahiran anda. Apa sahaja yang dapat membantu anda dalam menunjukkan anda ini bagus, letakkanlah dalam resume tersebut. Saya maklum, fresh graduate pastilah tiada pengalaman bekerja. Namun, banyak lagi benda yang anda boleh letakkan. Internship experience? Volunteer work? Jawatan-jawatan yang disandang semasa universiti? Majlis-majlis yang pernah anda kendalikan? Kesemua ini memberikan impression terhadap majikan tentang manusia jenis apakah sebenarnya anda ini. Sekiranya anda seorang yang cemerlang dari segi akademik, silalah meletakkan gred anda yang penuh dengan abjad A itu. Namun, jika tak berapa elok (macam saya), tak perlu pun tak apa. Kerana jika majikan perlu tahu, dia akan rujuk apabila temuduga kelak. Yang penting di sini, tunjukkan kekuatan anda, dan sorok-sorokkan sedikit kelemahan anda. Put some effort, ask someone to proof read it for you. Saya pun boleh, free of charge. (tapi kalau nak belanja saya terima saja hehe)
Setelah memohon, jangan pula mengharap esok akan mendapat jawapan. Jangankan esok, kadang-kadang bulan depan pun belum tentu. Sesetengah syarikat, (terutamanya MNC yang gah-gah belaka semuanya itu) memang lambat dalam memberi jawapan. Tambahan pula diberi keadaan dimana terdapat limpah ruah graduan di Malaysia pada masa kini. Yang penting, anda sabar. Sabar, terus usaha, dan jangan berputus asa.
Saya beri ratio atau.. (eh apa ratio dalam bahasa melayu?)
Tak apalah. Saya bagilah ratio permohonan dan interview yang saya perolehi. Saya menghantar hampir seratus permohonan. Melalui banyak medium, pos, email, jobstreet dan career fair. Bilangan temuduga yang saya perolehi? Kurang daripada 10. Ada lah dalam 6 kot. So point is, the more you apply, the more interviews you can get.
Rasanya sudah terlalu panjang artikel saya tentang pencarian kerja ini. Saya khuatir ada yang bosan membacanya. Namun sememangnya saya bercadang untuk mengulas lebih lanjut lagi, menceritakan lebih banyak lagi tentang perkara ini. Mungkin di post yang lain. Kerana saya prihatin akan isu ini yang melibatkan saya, dan rakan-rakan saya yang saya ambil berat.
Satu dalam sejuta
Jadi, untuk meringankan pembacaan, saya utarakan isu mengenai pertandingan nyanyian.
Semenjak munculnya American Idol (lebih kurang 6-7 tahun dulu agaknya), pertandingan nyanyian berunsurkan reality tv tumbuh bak cendawan selepas hujan. Semua channel tv ada pertandingan nyanyian masing-masing. Setiap satunya mengaku bahawa mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Hakikatnya semua lebih kurang sahaja. Namun yang membezakan, pada pendapat saya adalah kualiti peserta.
Sebagai contoh, program 'WD' (bukan nama sebenar). Peserta-pesertanya diberi publisiti yang cukup meluas. Reputasi rancangan WD memang sangat diakui. Salah seorang juara WD merupakan antara artis yang paling ngetop di Malaysia ini. Hinggakan makcik-makcik pun ramai yang suka (termasuklah makcik saya. haih). Namun, dari segi kualitinya, rancangan ini tidaklah sehebat mana. Dalam satu musim, ada lah dalam 2 atau 3 yang benar-benar berbakat. Ada kalanya, lebih mungejutkan apabila yang lebih berbakat ini diundi keluar lebih awal daripada mereka yang kurang berbakat. Alasannya, muka tak ada market, gemuk, dan sebagainya. Seperkara lagi, peserta-peserta WD ini memang agak sinonim dengan skandal. Ada yang dikatakan mengalami sakit mental, ada yang masalah sosial, dan macam-macam lagi lah.
Kita lihat pula satu lagi rancangan dari genre yang sama, tapi di stesen tv berbeza. Rancangan 'Mari Menjadi Penyanyi' atau MMP (bukan nama sebenar lagi) pula menampilkan konsep yang lebih kurang sama dengan WD. Namun dari segi kualiti peserta, saya rasa MMP lebih baik dari WD. Dan berbeza dengan WD, produk-produk MMP tidak banyak kedengaran dalam kisah-kisah skandal (kecuali salah seorang dari mereka, itupun skandal nya pada pendapat saya tak lojik).
Satu lagi faktor yang membezakan : populariti peserta selepas tamatnya program tersebut. WD suatu masa dahulu cukup gah. Semua peserta, tak kira yang masuk final ataupun cicir di tengah jalan, dikenali dan ada fanbase sendiri. Namun, sejak kebelakangan ini, hanya juara WD sahaja yang dikenali. Bahkan ada juara WD yang senyap sampai sekarang. Berbeza pula dengan Mari Menjadi Penyanyi (saya suka nama rancangan ini hehe), yang jadi naib juara pun popular. Siap ada anugerah lagi. Jadi dapat dilihat disini perbezaan kualiti produk kedua-dua rancangan ini.
Saya menilai kualiti seseorang penyanyi itu bukan semata-mata dari segi suaranya. Memang, suara sedap barulah boleh jadi penyanyi. Namun harus diingat, muzik itu tergolong dalam kategori seni. Music is a form of art. Dan dalam seni, harus ada kreativiti. Sesebuah lagu itu digubah dengan cara-cara yang tertentu. Oleh itu, sebagai seorang artis, kreativiti dalam menyanyikan lagu yang telah digubah itu juga memainkan peranan. Dari apa yang saya lihat, peserta-peserta WD kurang elemen ini. Mereka sering menyanyikan sesebuah lagu tersebut mengikut cara penyanyi asal lagu tersebut. Disinilah terletaknya kelebihan MMP. Peserta-peserta MMP sedaya upaya menyanyikan sesebuah lagu tersebut dengan cara yang mereka rasa lebih baik dan lebih menarik. Dalam kata lain, nyanyian mereka memperlihatkan kreativiti mereka disamping bakat dan suara mereka.
Oh by the way, I don't vote in reality singing shows. To me, the judges should know best on the issue who would be the better singer. In a lot of cases, Malaysian voters are slightly biased when it comes to less cute artistes / gemuk whatever.
Will continue some other time, and I seriously promise, it wouldn't be 3 months later hehe.
Eh hello! I'm back kekekekeke
2 years ago

1 comments:
I do agree on both of the main things being discussed here, efforts in job searching n also reality singing shows. Haha..MMP mmg jauh lg best n berkualiti, tp yg br2 ni rsnye voters agak biased terhadap sorg former artist ni..hish..x suke x suke..rsnye yg terkluar minggu ni lg best dr dia..n ade sorg yg suara dia unik utk genre lagu rock or rock balad..i'll support frm behind only la..dun wanna waste money vote for them.
Post a Comment