Friday, April 10, 2009

Of Hiatus..and much more.

Assalamualaikum and Hi all,

Dear Readers,

Hiatus.

Or should I call it laziness instead?

Hendak dikatakan malas, tak juga. Saya ada masa untuk pelbagai benda lain yang jauh lebih membuang masa dari menulis blog. Saya baca manga, saya pergi tengok wayang.

Hendak dikatakan tak ada idea, pun tak juga. Saya ada pelbagai cerita untuk dikongsi, pelbagai idea untuk diluahkan. Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang saya buat sepanjang dua tiga bulan ini.

Mungkin kerana terlalu banyak ceritalah, sampai tak tercerita jadinya. Membuatkan saya kagum dengan para wartawan, kolumnis dan sasterawan secara amnya.

Tapi itu kerjaya mereka. Itu periuk nasi mereka. Itulah sumber rezeki mereka. Tanpa artikel-artikel yang diterbitkan, maka tiadalah nasi untuk dimakan.

Baru-baru ini ada rakan-rakan saya yang baru pulang dari seberang laut, setelah tamat pelajaran mereka. Tahniah saya ucapkan kepada mereka ini. Sesungguhnya kepulangan anda semua amatlah dialu-alukan. Sekarang anda memasuki fasa yang baru dalam hidup anda; suatu peringkat yang saya sendiri pon belum benar-benar faham.

Secara jujurnya saya akui yang saya agak merindui zaman-zaman saya menuntut di universiti. Apa yang bagusnya menjadi pelajar? Mungkin perasaan atau "feel" nya lain. Ada perasaan bebas yang tidak diperolehi dari keadaan ketika bekerja.

Namun sebenarnya, ia bergantung kepada individu. Yang penting, kita harus ingat. Apa sahaja yang kita lakukan, bersyukurlah kerana kita diberi peluang untuk melakukannya. Jika kerja kita mengira stopcock sekalipun, syukurlah ada juga orang nak bayar kita untuk mengira.

Saya akhiri entri hari ini dengan suatu fakta yang saya baru pelajari.

Tahukah anda, disesetengah negara tidak terdapat lesung batu (yang kita gunakan untuk membuat sambal)? Ini kerana, batu granit tidak terdapat di negara tersebut. Maka, tidaklah dapat mereka mencipta alat yang sungguh hebat yang bernama lesung batu itu.

Sekian. Semoga berjumpa tak lama lagi.

0 comments: