Thursday, June 10, 2010

Of FIFA World Cup : Group B, C and D

Dear readers,

Originally my intention was to review the groups one for each day. Well, apparently I couldn't even trust myself as well. Self failure aside, we continue with the rest of the groups.

Group B : Argentina, Greece, Nigeria, South Korea

Argentina : Looks fairly strong on paper. However, their qualifying records shows otherwise. Powered by Messi upfront (kedengaran jeritan-jeritan histeria gadis-gadis di kejauhan) and supported by the likes of Gonzalo Higuain (Real Madrid) and Carlos Tevez, Argentina is surely one of the most interesting teams to watch. Jangan lupa juga abang Mascherano (Liverpool) kita yang pastinya membaham siapa sahaja yang cuba mengganggu pasukan Argentina.

Greece : Dulu juara Eropah. Saya masih ingat lagi ramai yang kecewa lalu tertonggeng kerana pasukan kegemaran mereka tidak mampu mengalahkan Greece. Saya ulang, tidak mampu menewaskan Greece. Ini kerana Greece mengamalkan corak permainan defensive dan serang sekali sekala itupun kalau pertahanan pihak lawan pergi lap peluh di tepi padang.

Nigeria : Selalu ada di World Cup, tapi tak pernah menang. Dulu pernah ada pemain Nigeria mati di padang. Tak ingat nama dia siapa. Secara tiba-tiba beliau rebah dan kemudiannya disahkan mati. Pernah juga pemain Nigeria berlaga kepala dan berdarah teruk, tapi main juga dengan balutan di kepala. Hardcore betul Oh, Nwanko Kanu masih bermain untuk Nigeria, bagi mereka yang mengenali beliau.

South Korea : Pencapaian terbaik Korea Selatan adalah semasa mereka menjadi tuan rumah 8 tahun lalu. Cukup hebat dengan kelebihan bermain di tempat sendiri. Namun semuanya hangat-hangat tahi unta sahaja. Mungkin kali ini mereka mengharapkan Park-Ji Sung untuk menanduk gol lagi sepertimana Man Unta lawan Liverpool tempohari. Cis cis.

Ramalan Tahyul : Argentina & Greece to qualify.

Group C : England, USA, Slovenia, Algeria

England : Ahhh ini tak payah cerita pun ramai yang tahu. Siapa tak kenal Rooney yang gemuk? Siapa tak kenal abang Gerrard yang kacak? Tak lupa juga abang Terry yang player? Ya, pasukan England memang terkenal. Tapi tahukah anda, England sudah lebih kurang 40 tahun tak menang World Cup. Maybe because we're too exposed to the English Premier League. Walhal banyak lagi pasukan yang lebih hebat dari England.

USA : Pengunjung tetap World Cup sejak tahun 1990 lagi. Sudahlah, pergi balik main basketball / baseball / footbal saja lah. However, in the recent years, it looks like the "Soccer" league in the US are gaining popularity. Some big names in the European League are starting to consider playing in the MLS. Maybe, with this development, the US would achieve something more out of this competition? We'll see.

Slovenia : Seriously aku tak kenal seorang pun. Tapi siapa tahu pasukan-pasukan begini juga mampu membuat kejutan. Contoh terbaik adalah Senegal semasa World Cup 2002.

Algeria : Pun tak kenal juga. Tak apalah, mereka ini orang Islam, jadi marilah sama-sama sokong mereka. Harap mereka solat sebelum main. Takbir!

Ramalan Tahyul : England & USA for the next round.

Group D : Germany, Australia, Serbia, Ghana

Germany : Michael Ballack tidak ada kerana sakit kaki. Physio suruh dia pergi bomoh tapi dia tak mahu, tahyul katanya. Bagus Ballack. Selain Ballack, pemain lain biasa-biasa sahaja bagi pendapat saya. Namun cukup untuk menjadi calon favourite untuk ke peringkat suku akhir sekurang-kurangnya.

Australia : How's it goin' mate? (yer lame saya tahu). Mereka ini pun biasa sahaja bagi saya. Tapi mereka ada Tim Cahill di midfield. Be sure to watch out for him. I've seen him being quite the key player for Everton in last season's EPL.

Serbia : Cis puak Serb. Namun hebat juga mereka ini. Quite a few high profile players in their line-up such as Nemanja Vidic (Man Unta), Branislav Ivanovic (Chelsheet), and Dejan Stankovic (Inter). Wah semuanya -ic -ic.

Ghana : Raksasa yang bernama Michael Essien tidak dapat menghadiri World Cup kali ini dengan alasan cuti sakit. Selain dari Essien, tak ramai pemain Ghana yang kita kenal. Oh ada seorang. Sulley Mentari datang lagi (Tuuuuuhaaann saja yang tahuuuu peeeerasaaaankuuuu - lagu Slam)

Ramalan karut : Germany dan pengganas Serb ke peringkat seterusnya. Atau mungkin juga Germany dan Australia.

0 comments: