Dear readers,
8 hari lagi, maka akan bermulalah pertandingan bolasepak yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat bolasepak di seluruh dunia. Fifa World Cup 2010 diadakan di South Africa sebagai tuan rumah. Ini adalah masa dimana cuti sakit begitu banyak diambil oleh golongan bekerja. Ini jugalah masanya dimana para pelajar memonteng kelas atau memonteng prep menonton perlawanan bola sepak di dalam gelap dan menjerit GOL didalam hati sahaja. Gadis-gadis pula ramai yang PMS kerana teman lelaki masing-masing mengabaikan keperluan kasih sayang mereka dan lebih gemar berdoa agar pasukan kegemaran mereka menang.
Namun realitinya, FIFA World Cup akan bermula tak lama lagi. Yang tidak minat bolasepak pasti akan bosan dihadapan televisyen jika rakan serumah / keluarga anda ada yang minat bola. Kerana anda pasti akan dihambur kata-kata kesat jika ingin menonton slot Akasia ketika orang hendak tengok bola. Move it TV dramas, 4 tahun sekali apa salahnya.
Namun saya sedia membantu anda. Saya akan menghuraikan sedikit sebanyak pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam pertandingan ini. Ada 32 pasukan semuanya yang terbahagi kepada 8 kumpulan. Bagi yang tidak minat bolasepak, anda boleh mengikuti blog ini bagi mengelakkan anda mati kebosanan dihadapan TV. Bagi yang berpura-pura minat bolasepak semata-mata jejaka idaman anda juga hantu bola, silakan juga membaca entri-entri ini. Semoga anda boleh memulakan perbualan yang munasabah bersama teman lelaki anda.
Ok, enough chatter; we'll start with Group A. The teams in group A are; France, Mexico, South Africa and Uruguay.
France
Brief Background : France was the last edition's runners up. France was also the champion in 1998 World Cup held in, erm, France. It is also worth to mention that France was also eliminated in the first round of the 2002 World Cup. One name usually comes to mind whenever we talk about France, Zinedine Zidane. Hero of the 1998 World Cup and also famous of his head butt during the 2006 World Cup Finals against Italy.
Key Players to Watch: Franck Ribery. Sekiranya anda ingin tahu mana satu Ribery, sila cari muka yang seolah-olah kena parang. Itulah Ribery.
William Gallas dan Patrice Evra di bahagian pertahanan, tak lupa juga penyerang-penyerang berbahaya seperti Nicholas Anelka dan juga Thierry Henry. Thierry Henry walaupun sudah agak berumur mungkin masih mampu menampilkan aksi hebat.
Mexico
Brief Background: Tak banyak yang saya tahu tentang pasukan ini. Namun mereka ini memang pelanggan tetap dalam pertandingan World Cup ini. Hampir tiap-tiap Cup pun ada. Tapi tak pernah menang. Mungkin mereka lebih hebat tembak menembak macam dalam cerita koboi tu. haa haa.
Key Players: Rafael Marquez, a veteran in the Mexican squad. Also might be worth to watch Javier Hernandez, a player recently signed by Man Unta. Entah-entah tak hebat. Kalau tak hebat aku gelak. heee heee.
South Africa
Brief Background : South Africa hanya ada dalam pertandingan ini hanya kerana mereka tuan rumah. Setakat ini, mereka pernah muncul di dua World Cup sahaja, itupun gugur di pusingan pertama. Namun, dipimpin oleh Carlos Alberto Pereirra (pengurus mereka) siapa tahu mungkin mereka ini mampu menghasilkan kejutan atau kejayaan yang mengagumkan?
Key Players: Steven Pienaar (no bukan typo, nama dia memang ada dua huruf A), Aaron Mokoena.
Well, tak ramai pemain terkenal sangat team ini. Namun, tak silap saya, Steven Pienaar itu adalah nama kapten pasukan ragbi yang menang Rugby World Cup suatu masa dahulu. Mungkin beliau sudah bosan memegang bola dan ingin guna kaki pula? Sama-sama kita saksikan nanti.
Uruguay
Brief Description: Uruguay is similar to Mexico in terms of being a regular in the World Cup. Only difference is that they've actually won the World Cup twice, that is..around 50+ years ago.
Key Players: Diego Forlan. Ohhhhh inilah hantu yang telah memusnahkan harapan Liverpool untuk satu-satunya piala dalam musim ini cis cis cis. Dulu Diego Forlan ini main di Man Unta. Saya suka beliau main di situ kerana selalunya dia tak jaringkan gol. Tapi kini beliau di Atletico Madrid, setiap hari pun jaringkan gol. Mungkin untuk Uruguay, beliau akan menjaringkan gol lagi bagi membantu pasukannya.
Expected Result: France to qualify for the next round. The other team would either be Uruguay or Mexico. While South Africa might have the home advantage, they lack in depth quality in their squad.
Shock Result: On the other hand, France might struggle to qualify, or not qualify at all. Jika ini terjadi, saya syaki mungkin disebabkan Domenech (manager mereka) Macam ayah American Pie haha.
Well, there you go. Kita berjumpa lagi di esok hari, dengan huraian satu lagi Group dalam World Cup edisi 2010. Saya Hasbillah Awang melaporkan dari Puchong, Selangor.
Sekian.
Eh hello! I'm back kekekekeke
2 years ago


0 comments:
Post a Comment