Friday, October 9, 2009

Of Roads and Driving

Dear readers,

Yet another delayed post after so long. The post below was actually done last month. But it was started 5 months ago, I only edited it. That's why it appeared as if it was done 5 months ago. Well, to my faithful readers (if they exists, or they're faithful at all) , welcome back to the blog. I've ran out of excuses for my lack of updates. So just assume whatever crosses your brilliant mind.

I'm really doing this update because I am seriously not in the mood to do anything else. Past few weeks have been hectic for me, due to both work and leisure. Funny how leisure activities could also drain so much from you.

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang mengenali saya. Ampunkan segala kesalahan saya, samada yang disengajakan atau yang tidak disengajakan.

Tahun ini, saya berhari raya bersama keluarga tersayang setelah empat (4) tahun di perantauan. Seronok, namun agak memenatkan. Perjalanan pergi dan pulang itulah yang memenatkan, bukannya hari raya itu sendiri. Lainlah jika anda melompat-lompat atau berlari setempat ketika berhari raya, maka jika itulah aktiviti anda, memanglah hari raya itu memenatkan.

Saya teringat zaman berhari raya di perantauan. Semua orang duduk begitu hampir antara satu sama lain. Jalan kaki pun sudah memadai untuk ke 'open house'. Lain pula tahun ini. Semua pun perlukan kereta. Memandu kereta telah menjadi satu kemahiran yang amat diperlukan bagi warga kota metropolitan ini.

Apatah lagi jika anda sudah bekerja. Pasti perlu ke sana ke mari atas urusan kerja. Saya sendiri menghabiskan banyak masa kerja saya di jalanan. Walaupun saya bukan pelukis atau pemuzik jalanan. Saya juga bukan pembuat jalan, tapi saya ada buat rumah. Itupun rekabentuk sistem perpaipan sahaja.

Hari-hari saya mengikuti laluan yang sama untuk ke tempat kerja. Sehingga sudah tahu di mana ada lubang, di mana perlu kekal di lorong tengah, di mana patut mula rapat ke kiri. Berkata tentang lubang, saya mendapati jalan-jalan di negara ini sangat meriah dengan lubang. Paip air, "manhole" dan berbagai lubang lagi yang saya sendiri kurang pasti dari manakah asal usul mereka. Saya tidak terlalu bimbang sekiranya saya memandu sebuah jeep atau kereta kebal, kerana pasti mudah sahaja saya redah lubang-lubang tersebut. Entah-entah perasan lubang pun tidak.

Tapi kereta saya hanyalah 1/10 daripada saiz kereta kebal. Penyerap hentakan memanglah ada, tapi jika lubang dijalanan itu adalah sedalam Jurang Mariana, maka bergegarlah seluruh isi alam kereta. Boleh juga jika saya perlahankan kenderaan, namun jika di lebuhraya yang had lajunya adalah 90 km/j, saya rasa saya pasti akan dimaki jika memandu dengan kelajuan 20 km/j.

Satu lagi pemerhatian saya adalah kelajuan memandu rakyat negara ini. Ramai yang memandu dengan sangat laju. Tapi ramai juga yang memandu dengan kelajuan kereta lembu. Yang lebih menariknya, dua pihak ini saling membenci antara satu sama lain. Yang memandu laju mengatakan, puak "slow" ini tidak cekap memandu, membazir masa, menyebabkan kesesakan contohnya. Puak "Slow" ini pula mengatakan puak "Fast and furious" ini biadap, tak sayang nyawa, dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

These two "tribes" really do have valid points. Speeders do endanger other road users. The faster you go, the slower you could react. Unless you have super-fast-reflexes, which I believe should be put to better use (go play some sports will ya?). Numerous other reasons not to speed, and these are basically told time and time again. However, going TOO slow means that either

A : You're on a learner's driver's license,
B : You're so weak you couldn't step on the pedal hard enough in order to make it accelerate,
C : You don't know where you're going, and you have a whole lifetime to decide while driving,
D : You somehow heard a myth that goes "Go faster and your car would go 'poof'".
E : All of the above, and many more possible reasons that relate to your physical / mental condition.

Sebenarnya saya tidak begitu kisah jika anda tergolong dalam salah satu kumpulan tersebut. Jika anda mahu memandu laju, silakan : itu hak anda kerana itu nyawa anda. Jika anda mahu memandu sejauh 1 km dan mengambil masa seminggu pun silakanlah, kerana masa anda yang terbazir, bukan saya. Tapi silalah jangan menganggu saya.

Saya kata begini kerana masing-masing melibatkan saya dengan cara pemanduan mereka. Yang laju, sibuk mencucuk dan menyalakan lampu yang gilang-gemilang itu. Walhal saya memandu mengikut had laju, siap saya bagi lebih 10 km/j, bonus ataupun tolerans. Sabarlah, saya berani jamin anda tidak akan sampai serta merta di tempat yang dituju walaupun anda memandu selaju 220 km/j.

Yang perlahan pula, janganlah duduk di tengah jalan ya. Duduklah di lorong kiri itu dengan aman damai. Dan ingatlah, anda perlu menyumbang kepada produktiviti negara. Jadi janganlah perlahan sangat, macam mana nak maju?

Banyak lagi ragam-ragam pemandu dan kisah-kisah jalanraya yang boleh saya coretkan. Namun, saya rasa tak salah jika saya simpan untuk lain hari. Nama blog pun musafir di bumi sendiri, jadi bolehlah saya cerita tentang perjalan dengan kerap (itupun kalau saya kerap menegemaskini).

Jadi cukup saja setakat ini. Minggu ini ada lagi rumah yang terbuka, Insya Allah kita bertemu di sana. Kepada yang membuka rumah, Selamat Membuka! Kepada yang dalam perjalanan untuk ke rumah terbuka, pandulah dengan berhemah. Tidak biadap, dan tidak terencat.

Sekian.

P/s : Tiba-tiba saya teringin rendang. Tuan rumah, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. (Kalau ko baca la)

0 comments: