Dear Readers,
Hari ini adalah hari terakhir bagi 2009. Memandangkan pejabat saya sangat lengang (hanya ada saya dan seorang lagi rakan pejabat) kerana semua orang berpusu-pusu mengambil cuti sempena hujung tahun. Pelbagai alasan diberikan; menguruskan anak sekolah lah, pergi bernikah lagi satu lah, dan yang paling kerap diberi adalah menghadiri kenduri kahwin sepupu/anak saudara/sepupu sebelah mak tiri pakcik. Walhal berada di rumah melayari internet ataupun menonton DVD yang senonoh dan mungkin juga separa senonoh.
Sudah lazimnya ramai orang akan mengemaskinikan blog di hujung tahun / tahun baru. Ramai juga membiarkan hutan belantara tumbuh lalu membuat zoo mini di blog mereka setelah itu. Eh patutkah saya terasa? Tapi jika dilihat rekod kemaskini yang lalu, semakin kerap nampaknya saya mengemaskini blog. Ha ha progress progress
So let's join the bandwagon!
2009 was indeed very very memorable. To sum up, I decided to do some sort of rankings/ list to highlight some of the best (or worst) ...erm, stuffs of 2009.
1) First up, Movies:
I'm not much of a movie critic, so I seriously can't say what was the best movie of the year. But I do know the difference between pure ompaloompacraps and ingenuity.
What I mean is : No, its not Transformers 2.
Mengapa? Salah satu faktor utama nya adalah kekurangan robot-robot yang boleh bertukar rupa. Eh kalau dah namanya Transformers, maka terjatuhlah hukum harus untuk robot-robotnya bertukar rupa. Yang saya dapat lihat, geng-geng The Fallen semuanya tidak bertukar rupa. Mungkin juga mereka hanya boleh bertukar menjadi gula-gula getah ataupun tikar mengkuang, jadi mereka rasa sangat malu dengan keadaan diri sendiri lalu memutuskan untuk kekal dalam bentuk robot tulang-temulang sahaja.
Oh juga tiada filem New Moon. Kerana saya seorang lelaki sejati dan sesungguhnya saya tiada nafsu syahwat untuk edwerd kulen mahupun saudara yaakob (jacob).
However, the rest of the movies I watched are just fine. I always enjoyed animation movies, and I think UP, Cloudy With A Chance Of Meatballs, Monsters vs. Aliens are very nice indeed.
2. Fast food campaigns : McValue Lunch
One of the most interesting package ever invented, and it came in 2009 (well at least in Malaysia, I don't know other countries). Beats other futile arrangements like KFC's Jom Jimat package by far and large.
Sememangnya McValue Lunch antara pakej makanan pantas yang paling hebat. Sebelum anda mengeluarkan teori-teori bisnes yang menunjukkan sebenarnya saya tak untung mana pun membeli McValue Lunch, biar saya katakan yang saya tidak peduli. Eh kalau nak kira semua pakej itu merugikan, sebenarnya anda harus makan padi berlaukkan buah rambutan sahaja setiap hari ok.
Berbalik kepada McValue Lunch. Dimulai dengan 4 (ke 6?) menu sahaja, kemudian ditambah menjadi 10 menu menjadikan ia pilihan utama untuk jejaka metropolitan seperti saya ini. Tambahan pula ada banyak kedai-kedai pandu lalu, maka sungguh mudah untuk membeli mekdi sambil pulang ke rumah / pejabat / kampung. Ia juga penyebab utama mengapa saya terasa seolah-olah memakai pelampung di pinggang sepanjang masa biar pun tidak berenang.
3. Street Fighters
Don't get me wrong : I'm not talking about the movie where I felt like sending the DVD off to Africa and let elephants stomp on it. If you have been following the news this year, you'll notice a lot of fights happening. No, i'm not talking about your average joe punching john in the face over a lollypop, but fights involving famous people, mainly politicians.
Ada yang bertikam lidah di parlimen, ada yang bergaduh ala-ala ongbak di Dewan Rakyat (oh saya bukan orang Perak ketika itu, I orang KL you.), ada yang dipukul dengan patung berhala, dan ada juga yang dipukul setelah berlakon teater.
4. The Nur Kasih Phenomenon
Fenomena ini sangat meluas liputannya, sehingga merangkumi makcik-makcik, kakak penjual air sirap (bancuh pakai air paip) di kantin sekolah, pakcik pemandu van sekolah, dan ramai lagi golongan yang saya tak tercapai akal untuk sebutkan di sini. Apakah faktor penyumbang kepada kegilaan ini? Jawapannya berbeza untuk setiap individu.
Ada yang kata, "oh sebab suka tengok Remy Ishak"
Ada yang kata, "Oh sebab dia ada ciri-ciri keIslaman dalam cerita tu." (Tapi tetap tak pergi solat Jumaat)
Ada yang suka Nur Aminah. Tapi hancur luluh hati bila melihat gamba Tiz Zakyah bersosial di laman-laman web yang banyak terdapat di internet (rajin betul tulis blog tentang gosip artis, kerja apa agaknya korang ni).
Tapi saya tidak mengambil peduli pun. Eh nama pun pelakon, selalunya apa yang dilakonkan itu tidak lah sebiji sebijan macam wataknya di luar filem. Kalau begitu, dalam filem minum arak, luar filem pun kena minum jugak ke? Tak sesuai la uols (efek tambahan)
Eh dah panjang sangat kot. Saya gusar anda mungkin terbuang air besar jika terlalu panjang entri saya. Jadi saya tamatkan di sini. Tapi kalau tak cukup sila lah beritahu. Nanti saya buat novel ya.
Oh sebelum itu, mungkin ada yang tertanya-tanya (perasan ada orang nak concern pasal aku) : apakah azam tahun baru saya?
Jawapannya, tidak perlu. Buang masa sahaja. Bukannya saya pernah buat pun. What if, instead of making resolutions that you can't commit to, make one that's really easy to do. Contohnya : "saya berjanji akan melipat spender saya sendiri" ataupun, "saya berjanji akan membelanja Adlishah Risal sekurang-kurangnya seminggu sekali".
Atau sekiranya anda seorang yang sukakan cabaran, buatlah azam yang memang confirm anda tak boleh buat biarpun anda muntah darah sekalipun seperti "saya berazam untuk mengorek hidung dengan menggunakan siku"
Sekian. Selamat tahun baru.
Eh hello! I'm back kekekekeke
2 years ago

0 comments:
Post a Comment