Monday, January 11, 2010

Of Song Champion Awards Night

Malam semalam menyaksikan pertandingan lagu-lagu melayu peringkat kebangsaan anjruan TV3 atau dalam bahasa swahilinya “Juara Lagu”. Saya yakin kebanyakan orang pasti mengetahui akan acara ini, melainkan kes-kes berikut:
  • Anda memang pembenci muzik melayu. Agaknya anda ini berdarah komunis rusia.
  • Anda seorang “amish” versi melayu. (apa itu amish? Pergilah google pemalas.)
  • Rumah anda tidak dapat siaran tv. Mungkin anda duduk di Carey Island ataupun sebuah ladang tidak bernama di Kuala Selangor hahaha.
Segenap pelusuk Tanah Melayu ini pastilah berhalaqah menghadap televisyen malam tadi atau yang lebih gigih lagi pergi terus ke stadium. Saya hanya di rumah menonton televisyen kerana saya tidak mahu dilihat berada di celah-celah banner “I love you Akim” atau “Super Stacy”. Fanatik betul remaja zaman sekarang apalah hensemnya Akim tuh dan cis apa kurangnya aku?

Oh entri ini bukanlah berniat mengeji Akim, Tomok mahupun kumpulan Bunkface sekalipun. Saya hanya ingin meluahkan pendapat dan pemerhatian saya yang tajam ini (oh perasannya). Jadi ayuh kita mulakan.

Persembahan pembukaan

Azlan dan Mesin Taip. Oh apakah jimaknya nama kumpulan kau ini Lan. Tapi suara anda masih tahap dewa Zeus seperti biasa. Diganding pula dengan Dato’ Siti. Ketika ini terlihat suasana pentas. Excellent, if not marvelous stage setup. I particularly liked the screens that can go up and down; savvy.

Juruacara

Not too bad. No stupid jokes, the trio was very natural throughout the show. Dialogues were not seen as if they were copied from “Emceeing for Dummies” their style was indeed very professional. However, minus point was the shameless advert for iPhone.

On to the artistes:

Estranged

Backup vocals didn’t create the effect that these guys intended. Yes, it did blend into the song, but it did so harshly. Highlight of the performance : the lead guitarist. No, not the drummer (because I’m straight thanks)

Misha Omar

Weird hairdo. Kinda reminds me of some gnomes in WoW. Songwise, performance-wise, nothing to shout about.

Alyah

To be honest, the “Cannot be because of love” is indeed hard. But Alyah was very creative on the vocals last night. Some tricky parts were adjusted but the progression was not compromised. A job very well done by Alyah.

Hafiz

Rambut kau dah kenapa? Sama juga, biasa-biasa sahaja persembahan ini. Namun saya tertarik dengan bunga-bunga (lalang pun mungkin juga) yang boleh menyala itu. Bagaimana mereka bernyala? Dikawal dari jarak jauh? Pengesan pergerakan? Atau menggunakan kuasa rambut? Mungkin mereka yang pergi ke stadium dan membawa teropong boleh menjelaskan hal ini. Tapi mungkin tidak, jika teropong tersebut digunakan untuk mengintai Juliana Evans dari jauh.

Bunkface

Seperti biasa, mereka ini memang gagal di siaran langsung. Kali terakhir melihat mereka ini membuat persembahan, tempo bertabur bersepahan di tepi jalan. Tapi boleh tahan sedikit malam semalam. Mungkin mereka ini kebiasaannya membuat persembahan untuk ‘gig’ jadi factor-faktor ini memang tidak terlalu penting. Namun perkara-perkara seperti ini lah yang penting untuk Juara Lagu. Jadi maaflah remaja-remaja yang mengaku gemarkan muzik “indie” (walaupun mereka hanya mengenali kumpulan Bunkface, Hujan dan Meet Uncle Hussain), lagu ini memang tidak begitu berpeluang memenangi anugerah ini. Namun kehadiran remaja terkinja-kinja di pentas menarik perhatian saya. “Indie” lah gamaknya itu kot.

Stacy

Janet Jackson.

Performance wise; it was a typical Stacy performance. Vocal wise; the song itself couldn’t exert the best of Stacy’s vocals. She can sing, it’s a pity that this song did not show that she could do so.

Akim

Ada yang kata Akim membawakan konsep “gothic” pada malam tersebut. Entahlah, saya dilahirkan di zaman Proton Saga, manalah tau “gothic” ini haiwan apa. Mungkinkah “gothic” bermaksud props berbentuk sofa aneh? Atau perbuatan membakar kereta terbuang? Dari segi vokal, tahniah kerana Akim tidak terkucil sepertimana pertandingan akhir AF tahun lalu.

Tomok

Mengapa anda menggayakan rambut anda seperti Adam Lambert? Tidak takutkah dituduh songsang dan direjam serta disula? Persembahan Tomok adalah seperti dikala beliau memenangi One in a Million, cuma diperbaiki sedikit di bahagian-bahagian tertentu. Lagu Rindu terhenti sebenarnya memang ditulis dengan baik.

Hujan

I was very impressed with the way they brought this song. By simply adding some brass musicians on the sides, they’ve created a jazzy feeling that blended in nicely with the song! More accurately, it’s a type of jazz fusion that made the song sounds very catchy. For comments on the appearance of crowds of unknown origin, kindly refer Bunkface comments. But I bet it was staged.

Yang seterusnya adalah pemenang-pemenang anugerah malam semalam.

Vokal Terbaik – Black (Aku Tak Suka Tajuk Lagumu)

This guy seriously could sing (as evident from the introduction). Also a true story of rags-to-riches transformation.
Dari jual ikan beralih pula ke bidang nyanyian (yes, rhyme)

Persembahan Terbaik – Aizat (Kau Aku)

Macam filem “School of Rock”. Harapan saya adalah kanak-kanak itu ke sekolah pada keesokan harinya. Jangan lupa claim KFC dari abang Aizat. Mungkin juga nanti dia masak ayam masak merah. Eh, itu Ezat.

3rd Place – Faizal Tahir

Tahniah kerana anda sudah membayar pinjaman PTPTN anda dan juga pulih dari kecederaan kaki. Walaupun anda bertongkat ketika menyanyi, anda tetap segak. Dah macam House dah aku tengok. Tapi baju bergaya ala-ala Michael Jackson pula. Tak apalah, jangan kau jadi hantu pembedahan plastic macam MJ sudah. Konsep lebih kurang sama seperti persembahan AIM tahun lalu. Vokal konsisten. Oh yang keluar di akhir persembahan itu adalah Shila. Macam silap mata pula.

2nd Place – Yuna

Sama seperti kumpulan Hujan tadi, Yuna dan rakan-rakan (eh macam nama klinik) membawa konsep ala-ala “circa early 20th century New Orleans”. Kelihatan konsep tersebut lebih serasi dengan lagu yang mereka bawakan. Sepertimana kumpulan Hujan tadi, kehadiran brass instruments sedikit sebanyak memberikan satu feel yang unik terhadap lagu ini.

1st place – Aizat (Pergi)

AaaaAAAaaaaAAaaaaaAAAAAAaaaaaa~~~

Erm. Intro yang menarik, menggunakan vocalization wanita India. (Indie-a hikhik lucunya saya)
Bunyi yang saya sangka violin selama ini adalah er-hu rupanya. Haaa anda semua mesti kebanyakannya tak tahu alat muzik tersebut kan? Walaupun bunyinya seperti bunyi keldai, tapi ia adalah alat muzik sebenarnya. Apa-apa pun, tahniah kepada lagu ini.

Persembahan-persembahan lain:

Jefridin & the Siglap 5

Seperti biasa, Jefridin memang ‘steady’. Tapi mengikut pengamatan saya, Siglap 5 hanya ada seorang sahaja pada malam itu, yakni pakcik pemain dram. Saya rasa pakcik dram pastilah sekurang-kurangnya berumur sebaya dengan ayah saya. Oh pakcik, pastilah ahli-ahli surau di kawasan taman pakcik tertanya-tanya dimana pakcik pada malam itu, pergi main dram di AJL rupanya. Kelihatan sedikit mengah ya pakcik ketika bermain lagu Mas Mona. Laju tu pakcik, saya tabik pakcik boleh ‘keep-up’. Jangan lupa ke klinik esok ya untuk mengambil ubat gowt akibat bermain di AJL.

Persembahan seterusnya,











Harap Maaf

Jangan Ke Mana-Mana









Ya itulah yang terjadi. Sedang enak menonton pakcik dram, siaran tergendala. Memang kambing jadian betul siapa yang langgar wayar transmission di stadium itu. Mungkin hari ini anda sudah kudung kerana dikerat kaki oleh project manager anda. Malam yang hebat, dicemari dengan siaran yang tergendala.


Jay-Jay

Lagu “Dendangan Laguku” masih terngiang-ngiang di telinga saya hingga ke hari ini. Seringkali Jay-Jay memakai penutup kepala, tidak kiralah beret,songkok atau tarbus sekalipun. Begitu juga malam tadi, beliau memakai rambut afro. Kira headpiece lah, tak mungkin langsung rambut sebenar beliau. Baru saya sedar lagu zaman disco negara kita bergaya juga rupanya.


Search

Saya suka effect gitar lagu Pawana. Tapi abang saya tidak suka. Mungkin kerana abang saya lebih gemar clean riffs berbanding saya yang lebih gemarkan effects. Persembahan yang bertenaga, tapi saya takut melihat muka Kid. Kenapa muka kau macam tepong gomak?

Dramaking

Siapakah jejaka misteri vokalis MUH itu? Oh noes, bukan saya kerana saya sedang enak menghirup teh o bercicahkan biskut ketika itu. Sedikit kelam-kabut mereka ketika transition lagu. Tapi saya rasa lagu Dramaking itu memang bagus. Keep it up MUH (wah bunyi seolah-olah mendengus)

Keseluruhannya, acara malam tersebut sememangnya berkualiti. Dari persiapan pentas sehinggalah ke pengacaraan dan lebih-lebih lagi persembahan. Terus-terang saya nyatakan, hampir semua peserta layak memenangi persembahan terbaik. Gone are the days where the stage is the only place that you perform on. Malam tadi, segenap ceruk stadium digunakan. Backup vocals Black adalah dicelah-celah penonton (kelihatan seorang makcik yang tak blend in langsung, orang lain pakai hitam dia pakai putih pula adoilaa makcik dresscode wei basic), kehadiran remaja-remaja terkinja-kinja, dan perbuatan membakar kereta.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca entri berbaur kecaman ini. Entri ini panjang bukan kerana saya pengelat nombor satu mencuri masa kerja dan menulis blog, tapi kerana saya tulis siap-siap dalam word sambil menonton. Semangat kan saya? Alangkah bagusnya kalau masa belajar dulu begini tsk tsk tsk ah tak guna menyesal.

Sekian.


P/s : Malam tadi ramai artis berambut Final Fantasy. Rasa macam tengok videogame pun ada.

1 comments:

missy aleeya said...

highlight for estranged: definitely the drummer! *coz i'm straight too* hahahahahahahaha